USIA 5 TAHUN
Peristiwa
pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang
terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman
(hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul
Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul
Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya,
Abu Talib.
USIA 9
TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa
saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di
kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang
nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam
peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman
184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan
anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian
damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali
kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan
Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda
kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar
melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah
dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW
diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu
di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke
Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan
Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
Casinos Near Casinos Near Casino Slots MN - Mapyro
ReplyDeleteFind 고양 출장안마 the best casinos near Casino Slots in 포천 출장샵 MN with Mapyro. 경산 출장샵 Casinos Near Casinos Near Casino 수원 출장안마 Slots. 영천 출장마사지 Minnesota has a great selection of slot machines