Rasulullah s.a.w Bersahur
Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat
keberkatan.(HR: al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga
menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari
cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:
"Perbezaan antara puasa kami
dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur" (HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Tidak melewat-lewatkan
berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini
kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan
diri dari makan dan minum. Rasulullah s.a.w di dalam
hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari
& Muslim:
"Manusia itu akan terus
berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa."
Perbuatan melambat-lambatkan
berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang
terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika
masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi
berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih
lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah
berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah
berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan
berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.
Persiapan seharusnya
dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat
diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang
dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti
yang dinilai oleh al-Albani r.h:
Agama ini akan sentiasa
zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana
orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.
Dikeluarkan dari Musannaf
Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun
r.h berkata:
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w
adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat
(ketika) bersahur.
Dari Abi ‘Atiyyah katanya:
Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata
kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya
mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi
melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata:
“Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan
bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin):
“Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w”.